Selamat datang diucapkan ke blog LovePrepaid.
LovePrepaid merupakan pihak yang mendaftarkan individu yang berminat untuk menjalankan perniagaan prabayar melalui telefon bimbit anda sahaja.
Ya! Hanya dengan menggunakan telefon bimbit, kita akan dapat menjalankan perniagaan ini. Konsepnya sama seperti kiosk kedai-kedai prabayar, cuma bezanya anda bebas bergerak dan mampu melakukan perniagaan ini dimana-mana sahaja. Yang kita perlukan hanyalahsebuah telefon bimbit dan tahu menghantar sms. Mudah sahaja kan?..



Tidak dinafikan produk prabayar adalah merupakan antara produk yang agak kecil margin keuntungannya. Tapi kenapa semakin hari semak
in banyak kedai yang memilih perniagaan ini? Kerana permintaan! Ini adalah produk yang paling stabil permintaannya dan tidak akan putus.
Asal saja jika kita mampu menghasilkan volume jualan yang besar, maka sudah pasti keuntungan juga besar.
Ya. daripada RM10 kita mungkin hanya akan mendapat keuntungan antara 30sen-50sen sahaja (bergantung kepada pakej dan jenis telco), namun lihatlah jua kepada faedah yang akan kita perolehi. Tak perlu start motor ke kedai untuk membeli prabayar.. Tak perlu ke hulu hilir untuk mencari kedai prabayar yang buka jam 12 tengah malam ketika emergency. Dan lagi, selama bertahun-tahun anda membeli prabayar di kedai, berapa ratus yang kita dapat daripada tokeh kedai hp? Usahkan ratus, sen pun belum tentu. Tambah malang lagi jikalau beli prabayar RM5 tetapi perlu membayar dengan harga RM5.20.. rugi dah tu kan?..
Jualan prabayar yang kita dapat lakukan setelah mendapat sistem ini adalah bermula dari serendah RM3 sehingga RM100. Sistem ini berfungsi 24 jam, maksudnya kita boleh melakukan jualan pada bila-bila masa bahkan pada pukul 4 pagi sekalipun!
Sistem ini berupaya menyokong semua sistem telco (Celcom, Maxis, Digi, Umobile, i-Talk) yang ada di Malaysia. Kita boleh melakukan perniagaan mengikut sebarang jenis produk yang diminta oleh pelanggan. Dengan hanya 1 format sms yang mudah, transaksi jualan akan berlaku dalam masa yang singkat dan seterusnya kita akan mendapat keuntungan atas jualan yang dibuat.





Jadi, mengapa saya mesti memiliki sistem LovePrepaid ini?

1. Perniagaan yang Sah di sisi undang-undang 
LovePrepaid bukan skim cepat kaya, sistem piramid, money games atau saham internet. LovePrepaid menyediakan sistem yang menjual produk-produk keperluan kepada 22Juta rakyat Malaysia masa kini iaitu Prabayar. Agen LovePrepaid menyediakan produk-produk hebat Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile, dan i-Talk 24 jam sehari dimana-mana sahaja melalui kecanggihan teknologi sms.

2.Produk wajib beli
Prabayar merupakan produk wajib beli dan digunakan oleh pengguna telefon bimbit di Malaysia. Kami tidak menjual produk yang anda perlu fikirkan banyak kali untuk meninggalkannya disamping anda tidak perlu meninggalkan barangan yang anda sedang gunakan sekarang. Sebaliknya sistem yang kami jual ialah barangan wajib beli dengan harga yang sama dengan pasaran.

3. Permintaan yang konsisten
Permintaan terhadap keperluan prabayar adalah konsisten dan berkadar langsung. Sekiranya si-A membelanjakan RM40 sebulan untuk prabayar telefon bimbitnya, dia pasti akan membuat perkara yang sama pada bulan hadapan malah kemungkinan lebih lagi! Dari permintaan yang konsisten inilah yang dapat membantu kita menjamin pendapatan yang konsisten dan semakin lama semakin bertambah.

4. Tiada risiko
Kita tetap membeli prabayar setiap bulan. Adik beradik, kakak, kekasih, teman rapat, rakan sekerja tetap akan membelinya setiap bulan. Risiko kita hanyalah yuran pendaftaran yang dibayar.

Cuba kita fikirkan, alangkah ruginya kita selama ini reload prabayar setiap bulan tetapi apa yang kita dapat? Cukupkah hanya boleh menggunakan talian sahaja? Tidakkah kita mahu melakukan perkara yang sama tetapi berpeluang mendapat pendapatan yang lumayan. Bezanya hanya dengan menukarkan tempat kita membeli sekarang daripada membeli di kedai kepada membeli terus daripada diri sendiri sahaja!

5. Tiada yuran tersembunyi
Bagi mendapatkan sistem ini, pihak LovePrepaid hanya mengenakan bayaran pendaftaran sekali sahaja di awal pendaftaran. Tiada yuran tahunan dikenakan. Tiada cas-cas tersembunyi. Pihak kami cuba sebaik mungkin untuk sentiasa bersikap telus dalam setiap transaksi yang dilakukan.

Tiada ulasan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Ahsfantasy24 | Dengan kerjasama Student | LovePrepaid